BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 13, 2010

ENGKAU MASIH KAYA

DICERITAKAN bahawa ada seorang miskin yang hidup melarat telah mengadu kepada orang soleh tentang keperitan hidup yang dialaminya..

        "Saya betul-betul hidup dalam kemiskinan , tidak punya apa-apa langsung". Kata lelaki itu kepada orang soleh.

       "Apakah kamu suka kalau diberi wang sepuluh Ribu Dirham tapi matamu dibutakan? "tanya orang soleh.

       "Tidak mahu Syekh." jawab lelaki itu.

       "Apakah kamu mau mempunyai wang sepuluh ribu Dirham tetapi engkau menjadi bisu.?"

      "Tidak mahu." Jawab lelaki itu.

      "Apakah engkau suka kalau mempunyai wang sebanyak dua puluh Ribu Dirham tetapi kedua-dua tangan dan kakimu diPotong.?"Tanya Syekh.

     "Tidak mahu".

      "Kalau sekiranya engkau menjadi Gila dan diberi wang sebanyak sepuluh Ribu Dirham, apakah engkau mahu?' Tanya Syekh..

      "Tentu tidak.tidak seorang pun ingin menjadi gila." Jawab lelaki itu.

      "Nah, Kalau dikira semua, kamu masih mempunyai wang lima puluh Ribu Dirham, tapi engkau berkeluh kesah dihadapan tuhanmu. Apakah engkau tidak malu...


0 ulasan: