BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 13, 2010

10 HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencela , janagan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberikan pelukan , ciuman dan ramasan tangan. Berikan tanda-tanda kecil ini ditunjukkan  ksih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti sayang Awak atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi . Letakkan nota-nota ini ditempat yang atidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa : berikan sesuatu yang melucukan seprerti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah " Saya sukan ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian : sesuatu yang simple " Warna biru memang ngam ngan awak" atau " Sedap masakan awak". Ia sebernarnya mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang merasa dia..

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak , dan lain-lain..

7. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk diri bersendirian..

8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang yang dikasihi..

9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan /aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah tak apa, kamu masih tetap menang.

10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang meraka sentiasa dalam doa kita.

0 ulasan: